WIND ORCHESTRA COMPETITION!!!
Penting sangat ke benda ni???
Memeang penting sebab pertandingan ini melibatkan banyak SBP!!
Dan sekolah aku merupakan salah satu daripadanya.
Tahun 2012,aku dilantik sebagai Presiden bagi persatuan Pancaragam SESMA!!
Satu tanggungjawab yang sangat besar bagi aku sehingga aku sanggup menolak jawatan lain yang ditawwarkan kepada aku.
Bukan mudah menjadi ketua dalam Orkestra ini,aku terpaksa hadapi pelbagai konflik yang timbul dalam pasukan kami.
Sebagai ketua,aku sentiasa memastikan tiada sebarang konflik berlaku antara kami semua.
Memimpin ahli seramai 46 orang merupakan satu cabaran bagi aku.
Mujurlah aku mempunyai rakan-rakan seangkatanku yang sanggup membantu aku.
Kami sedar,sebagai pelajar paling senior kami perlu bekerjasama bagi memastikan tahun ini merupakan satu tahun yang bersejarah bagi pasukan kami.
Walaupun sebagai ketua,aku sentiasa berbincang dengan ahli lain tentang cara bagaimana ingin meningkatkan disiplin kami.
Walaupun aku rasa diri aku dibenci oleh ahli aku sendiri,aku tidak kisah sebab sebagai ketua,kita kena tegas dalam memimpin.
Hmm...aku rasa tak ader ape nak ditulis.Rasa malas nk upload gmbar mlam ni..laen kalilah plak..
No comments:
Post a Comment